Monday 23 July 2012

OMBAK RINDU

http://www.youtube.com/watch?v=VmQRvgLgKCw

Ombak Rindu mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah ialah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah dan selepas itu, Hariz telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Monday 16 July 2012

Kompetensi Emosi


Kecerdasan emosi (EQ) adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Kecerdasan emosi juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Daniel Goleman(1998) telah mendefinisikan EQ sebagai kemampuan untuk mengenal pasti perasaan sendiri dan orang laim untuk memotivasikan diri dan juga mengurus emosi diri dalam menjaga hubungan dengan orang lain. Mengikut Danial Goleman, EQ ialah prasyarat untuk keberkesanan kecerdasan intelek (IQ). Maksudnya, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak daripada kecacatan emosi. Beliau menyatakan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada IQ tetapi yang lebih penting ialah EQ kerana EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu.
Goleman membahagikan konsep kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang berbentuk kompetensi personal dan dua komponen yang berbentuk kompetensi sosial. Kompetensi personal merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan emosi kendiri dan motivasi diri manakala kompetensi sosial merangkumi kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial.
Dalam kesedaran kendiri merangkumi kecerdasan emosi kendiri, ketepatan penilaian emosi kendiri dan keyakinan kendiri. Kecergasan emosi kendiri mengenal emosi, sebab, perkaitan, pengaruh  dan kesannya, ketepatan penilaian kendiri mengetahui kekuatan dan kelemahan diri seseorang manakala keyakinan kendiri bergantung pada keupayaan kendiri, berketerampilan, berani menyuarakan pandangan, dan membuat keputusan. Dari segi pengurusan emosi kendiri pula mengandungi kawalan kendiri, iaitu mampu mengurus emosi yang distruktif, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan juga inovasi. Terdapat beberapa elemen dalam kecekapan motivasi diri, iaitu pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme.
Dalam kompetensi sosial termasuklah kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial. Seseorang individu harus sedar dan mengambil berat tentang perasaan orang lain dan kehendak perasaan tersebut. Seseorang juga harus sentiasa empati, iaitu dapat mengesan perasaan orang lain, memahami perspektif orang lain dan berminat untuk membantu memenuhi keperluan tersebut. Selain itu, kesedaran organisasi juga merupakan salah satu unsur yang penting dalam kesedaran emosi sosial. Dengan ini, seseorang mampu membaca situasi semasa dalam organisasi, jaringan, dan politik di peringkat organisasi. Dalam orientasi perkhidmatan organisasi pula, seseorang itu dapat menangani, mengenalpasti, dan memenuhi keperluan pelanggan. Kemahiran sosial merupakan kemampuan seseorang mengenal pasti cara-cara yang sesuai  untuk mengurus semua bentuk hubungan dengan orang lain. Dalam konteks ini, kemahiran sosial merangkumi kepimpinan berinspirasi, berupaya mempengaruhi dan memperkembangkan orang lain.

Sunday 1 July 2012

Refleksi P&P Kecergasan Emosi (26/6)

Menurut Oxford English Dictionary, emosi bermaksud setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan dan nafsu.
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kecergasan Emosi pada 26 Jun 2012, saya telah belajar tentang kecekalan, ketabahan dan semangat tidak putus asa Wright’s brother. Mereka merupakan individu yang telah mencipta keajaiban dalam sejarah dunia. Wright’s brother merupakan sepasang adik-beradik yang berjaya membuktikan bahawa manusia juga dapat menerbang bebas di udara. Berkat usaha gigih mereka, manusia zaman ini telah dapat menuju ke sesuatu destinasi yang jauh mahupun dekat dengan menaik kapal terbang dan secara tidak langsung telah menjimatkan masa dan wang perbelanjaan perjalanan kita. Kejayaan Wright’s brother telah membuktikan kepada kami bahawa kecekalan dan semangat tidak mudah putus asa amat penting dalam mencapai kejayaan.