Monday 13 August 2012

Apakah emosi asas (primary emosi) manusia. Bagi setiap emosi asas, senaraikan ahli emosi yang berkaitan.


Emosi asas (Primary Emotion)
Apakah emosi asas? Emosi asas ialah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993).
Secara umumnya, terdapat 6 kategori emosi asas:
Ø  Kemarahan (Anger)
Ø  Rasa Meluat (Disgust)
Ø  Ketakutan (Fear)
Ø  Kegembiraan (Happiness)
Ø  Kesedihan (Sadness)
Ø  Kejutan (Surprise)
Kemarahan (Anger)
Kemarahan adalah suatu emosi yang secara fizik yang mengakibatkan peningkatan denyut jantung, tekanan darah, serta tingkat adrenalin dan noradrenalin. Rasa marah menjadi suatu perasaan yang dominan secara perilaku, kognitif, maupun fisiologi sewaktu seseorang membuat pilihan sadar untuk mengambil tindakan untuk menghentikan secara langsung ancaman dari pihak luar.
Rasa Meluat (Disgust)
Rasa meluat merupakan sejenis reaksi aversive yang melibatkan orang atau objek dengan ungkapan-ungkapan yang kuat rasa jijik. Rasa meluat juga boleh didefinisikan sebagai tindak balas rasa jijik ke arah pencemaran potensi. Jijik boleh digambarkan sebagai emosi sejagat, asas yang berfungsi untuk membantu melindungi organisma daripada tertelan bahan-bahan yang berpotensi membahayakan.
Ketakutan (Fear)
Ketakutan adalah suatu tanggapan emosi terhadap ancaman. Takut adalah suatu mekanisme pertahanan hidup dasar yang terjadi sebagai respons terhadap suatu stimulus tertentu, seperti rasa sakit atau ancaman bahaya.
 Kegembiraan (Happiness)
Kegembiraan adalah suatu keadaan fikiran atau perasaan yang ditandai dengan kesenangan, cinta, kepuasan, kenikmatan, atau kegembiraan. Pelbagai pendekatan filsafat, agama, psikologi, dan biologi telah dilakukan untuk mendefinisikan kebahagiaan dan menentukan sumbernya.
Kesedihan (Sadness)
Kesedihan adalah suatu emosi yang ditandai oleh perasaan tidak beruntung, kehilangan, dan ketidakberdayaan. Saat sedih, manusia sering menjadi lebih diam dan kurang bersemangat. Kesedihan dapat juga dipandang sebagai penurunan suasana hati sementara, sementara depresi sering dicirikan dengan penurunan suasana hati yang persisten dan besar yang kadang disertai dengan gangguan terhadap kemampuan seseorang untuk melakukan kegiatan hariannya.
Kejutan (Surprise)
Kejutan merupakan keadaan emosi yang dialami akibat peristiwa yang penting yang tidak diduga.

Thursday 9 August 2012

Analisis Watak dalam Ombak Rindu

Watak: Hariz
Hariz merupakan watak utama dalam movie “Ombak Rindu”. Dalam cerita ini, Hariz merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya. Haris digambarkan sebagai seorang yang berkasih sayang. Dia amat sayang kepada Izzah sehingga sanggup bertentang dengan ibunya yang sentiasa berprasangka buruk.
Dia turut digambarkan sebagai seorang lelaki yang panas baran. Selepas mendengar fitnah bahawa isterinya, Izzah curang kepada dia, dia pun marah kepada Izzah tanpa sebarang penyiasatan. Dia enggan mendengar kepada penjelasan Izzah malah menggantung hubungannya dengan Izzah.

Watak: Izzah (isteri Hariz)
Watak Izzah merupakan seorang yang penuh kasih sayang. Dia amat sayang kepada suaminya walaupun dia hanya dinikahkan oleh suaminya dalam rahsia. Namun, dia telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri dengan baik. Dia juga sayang kepada haiwan kecil. Dia telah memungut seekor anak kucing liar dan menjaganya dengan baik.
Izzah turut mengalami emosi kecewa dan sedih. Pada permulaaan cerita, Izzah sedih dan kecewa kerana bapa saudaranya telah menjualnya kepada sebuah kelab malam. Pada pertengahan cerita, Izzah sedih kerana Hariz telah menuduhnya melakukan curang kepadanya. Namun, dia tetap bersyukur kepada Tuhan selepas anak dalam kandungannya berjaya diselamatkan.

Watak: Datuk Sufiah (ibu Hariz)
Watak Datuk Sufiah digambarkan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri. Demi kepentingan perniagaan keluarganya, dia telah mendesak anaknya, Hariz untuk menikahkan Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan walaupun dia tahu bahawa Hariz telah beristeri. Semasa Hariz koma, dia telah halau Izzah dari rumah Hariz dan tidak membenarkannya berjumpa dengan Hariz. Dia kemudian menyebarkan fitnah bahawa Izzah curang kepada Hariz.
Dia turut mengalami emosi sedih apabila mendengar berita bahawa Hariz bukan anak kandungnya. Dia tidak dapat percaya dan menerima hakikat bahawa Hariz merupakan anak angkat yang diambil oleh suaminya kerananya tidak dapat lahir anak.