Monday 17 September 2012

refleksi Introspetif Perkembangan Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi diri sekiranya anda berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak dalam filem


Saya telah menghayati dan mengkaji watak-watak dalam filem Ombak Rindu. Dalam filem ini, watak-watak mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menguruskan kepelbagaian konflik emosi. Sekiranya saya berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalm filem ini, pasti saya akan cuba menguruskan emosi saya dengan baik.
            Sekiranya saya berada dalam situasi Hariz, iaitu watak utama dalam filem Ombak Rindu, saya akan mengurus emosi marah saya dengan baik. Emosi marah yang melanda apabila Hariz menganggap bahawa isterinya, Izzah berlaku curang kepadanya dan telah menggantung hubungan dengan Izzah. Sekiranya saya berada dalam situasi Hariz, saya akan mendengar penjelasan daripada Izzah dan menganalisis ketepatan fitnah sebelum membuat sebarang keputusan. Hal ini adalah bagi menjamin keadilan kepada pelbagai pihak.
            Selain itu, emosi kesedihan turut dihadapi oleh Hariz apabila dia mendapati bahawa dia bukan anak kandung ibunya. Sekiranya saya merupakan Hariz, saya akan menerima hakikat dengan hati terbuka. Saya akan memujuk ibu saya yang tidak dapat menerima hakikat tersebut. Walau bagaimanapun, saya akan terus melayan Datuk Sufiah sebagai ibu kandungku kerana dia telah membesarkan saya dengan baik dan jasa tersebut tidak harus dipinggirkan.
            Kesimpulannya, jika saya berada dalam situasi-situasi watak utama dalam filem ini, saya pasti akan cuba mengurus emosi saya dengan sebaik-baiknya supaya suatu hari nanti diri saya tidak akan mendapat kesan negatif daripada tindakan atau keputusan yang saya lakukan dahulu ketika menguruskan emosi. Dengan cara ini, saya dapat hidup dengan aman dan damai.

No comments:

Post a Comment